MAJLIS PELANCARAN PUSAT PENANG2030 KADUN MACHANG BUBUK
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN CHOW KON YEOW
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PUSAT
PENANG2030 KADUN MACHANG BUBUK
13 OGOS 2022
TAMAN SEJAHTERA
YB Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
YB Steven Sim
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Yang Berusaha Tuan Kamarul Haizal bin Koderat
Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT)
Para Jemputan
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Petang dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada YB Lee Khai Loon selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk dan pasukan penyelaras yang telah mengatur Majlis Pelancaran Pusat Penang2030 KADUN Machang Bubuk dalam sebahagian program Jelajah LovePENANG ke Parlimen Bukit Mertajam pada petang yang berbahagia ini.
Sebagaimana maklum, Pusat Penang2030 yang berkonsepkan ‘shared space’ ini dibangunkan sebagai salah satu elemen utama untuk memacu dan mempercepatkan Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
Di sini, aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti melalui bimbingan dan latihan secara berterusan dan optimum akan menjadi fokus utama, dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan termasuklah pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Selain itu juga, pusat ini turut berperanan sebagai one stop centre untuk sumber rujukan dan penyebaran maklumat berkaitan pelaksanaan inisiatif dan program di bawah Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pusat Penang2030 di Machang Bubuk ini menjadi pusat yang keempat telah beroperasi secara rasminya, selepas KADUN Penanti, KADUN Padang Lalang dan KADUN Bagan Jermal, daripada keseluruhan 15 pusat yang telah diluluskan setakat ini.
Adalah diharapkan Pusat Penang2030 KADUN Machang Bubuk ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut kreativiti dan kesesuaian, sekaligus merealisasikan objektif penubuhan asal dalam memperkasakan komuniti untuk bangkit semula terutama dalam menghadapi pasca pandemik COVID-19.
Akhir kata, syabas dan tahniah selagi lagi kepada YB Lee Khai Loon dan pasukannya yang telah menyokong inisiatif khas ini.
Sepertimana yang sering saya katakan, Kerajaan Negeri peka dan merasai setiap permasalahan yang dihadapi rakyat. Kita tidak inginkan mana-mana kelompok masyarakat tertinggal atau dipinggirkan. Kerajaan Negeri akan terus bekerja dan berkhidmat, dan ingin melihat rakyat dan negeri ini terus maju dalam semua aspek kehidupan.
Sekian, terima kasih.