MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA

TAHUN BARU CINA

ANJURAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA

PULAU PINANG

23 JANUARI 2023

DEWAN PERHIMPUNAN CINA PULAU PINANG

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor

 

YB Dato’ Law Choo Kiang

Speaker Dewan Undangan Negeri

YB-YB Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri

YB-YB Timbalan Menteri/ Ahli Parlimen & ADUN

 

H.E. Zhou Youbin

Consul General of The People’s Republic Of China in Penang dan isteri,

His Excellency Khun Raschada Jiwalai

Consul General of Royal Thai Consulate of Penang

Yang Berbahagia Tan Sri Tan Khoon Hai

Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato’-Dato’

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, selaku tuan rumah Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina atas penganjuran majlis yang cukup meriah pada pagi yang berbahagia ini.

Sudah tentunya dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Utama Khadijah binti Mohd. Nor, ia sememangya sangat bermakna dan menyerikan lagi acara tradisi ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua jemputan yang hadir. Semoga tahun arnab yang membawa definasi dan lambang kebijaksanaan, ketangkasan serta kepantasan menjadi pendorong dan panduan buat kita semua dalam merencana dan mencipta lebih banyak kejayaan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk masyarakat dan negeri yang kita cintai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Meninggalkan tahun 2022 dengan pelbagai catatan suka dan duka, kini kita melangkah ke tahun 2023 dengan tekad dan keazaman yang cukup tinggi terutama dalam membawa perubahan dan pemulihan pasca pandemik COVID-19.

Fokus dan tekad Kerajaan Negeri masih sama iaitu untuk terus memberikan tumpuan ke arah usaha pemulihan sektor-sektor terjejas, sejajar dengan matlamat untuk mempercepatkan pencapaian Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Justeru, Kerajaan Negeri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh warga Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama ini, dan bergerak secara tuntas dan strategik sebagai pasukan besar bagi memastikan sasaran untuk memulihkan semula ekonomi rakyat dan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi,  barisan jawatankuasa serta seluruh ahli Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang atas komitmen, dedikasi dan kebersamaan dalam memainkan peranan yang penting termasuk penganjuran pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat, selaras dengan dasar dan seruan Kerajaan Negeri.

Marilah kita semua untuk memanfaatkan platform ini untuk membulatkan tekad dan keazaman untuk terus memacu Pulau Pinang menjadi barisan hadapan ekonomi negara dan perintis inovasi dan pembangunan domestik.

 

各位嘉宾,大家早上好!

今天是大年初二,我在这里祝福各位,兔年万事胜意、万物更新、兔飞猛进、所愿皆所得。

槟州华人大会堂,是槟城最高的华人机构,在政经文教上扮演重要的角色,经常配合槟州政府的政策和号召,以领头羊的姿态在槟州华社举办各项惠国惠民的活动。

去年,槟州政府推动了“爱槟城”行动号召后,槟华堂紧随其后,以“爱槟城”为主题举办了多项活动。

槟州政府很高兴能够获得槟华堂的积极响应,希望槟华堂的这番魄力,能够成为其它社团组织的榜样,共同配合州政府脚步,一同提倡和谐生活、建立关爱社会。

各位,多元文化、艺术和宗教使我们有能力去应对各种挑战,这不是国家的负担,而是国家最重要的资产。

我们庆幸有宪法的保护,让我们可以在平安与和谐的环境下,与家人、朋友一同欢庆各种庆典。就像今天,大家齐聚一堂,欢庆农历新年的幸福与安宁。

在槟城,州政府依然决心着重于疫情后的复苏工作,以加速实现“槟城2030”愿景的目标,带领槟州迈向一个“重家庭、拥绿地、精明州、耀全国”的城市。

因此,我希望槟华堂及属下的会员团体们,能够一同建立合作关系,以大团队的形式行动起来,确保州内的人民和经济得以全面的复苏。

让我们在这新的一年里,一同为我们挚爱的槟城和马来西亚勇往直前、精诚团结,共创造美好的未来。

也祝愿大家在新的一年里身体健康、兔年如意!

谢谢!

PCTH, 槟州华人大会堂

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang