SIDANG MEDIA “LOVEPENANG RUN”

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW

PADA SIDANG MEDIA “LOVEPENANG RUN”

 

2 MEI 2023 | 12.30 TENGAHARI

BILIK GERAKAN, TINGKAT 28, KOMTAR

_______________________________________

 

 

YB Soon Lip Chee

Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang

YDH Asisten Komisioner Soffian bin Santong

Ketua Polis Daerah Timur Laut (mewakili Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang)

Tuan Mozakir bin Buyong

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

Dr Gwee Sai Ling

Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC)

Puan Ong Bee Leng

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC)

 

Encik Lim Choo Hooi

Pengerusi Penang Forward Sports Club

Barisan Penaja yang hadir:

 

  • Encik Choong Jin Kooi

Executive Director, TG Ocean Health Food Industries Sdn Bhd

  • Encik Jason Ong

Factory Manager, Coffee Tree Penang White Coffee

 

  • Encik Derrick Chen

Chief Operating Offier, Teong Huat Medical Sdn Bhd

 

  • Encik Lim Chee Beng

Marketing Manager, Mate Mate Asia Private Limited

 

  • Encik Nur Harith bin Abu Bakar

Sports Advisor, Decathlon Malaysia

 

  • Encik Jonathan Chan

Branch Manager, Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (Hunza Properties Berhad)

Rakan-Rakan Media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian

Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke sidang media pada hari ini ini bagi berkongsi berkenaan program “LovePENANGRun” anjuran Kerajaan Negeri di bawah kempen ❤️PENANG (LovePENANG). Tidak dinafikan bahawa program larian ini sentiasa ditunggu-tunggu semua lapisan masyarakat di negeri ini dan juga mereka dari luar Pulau Pinang.

“LovePENANG Run” yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2023 (Ahad), jam 7.00 pagi bertempat di Vision Park, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU) merupakan anjuran sulung pada tahun ini, dan kita berharap semangat cintai negeri kita dan ‘#UntukNegeriKita’ masih lagi segar membara dalam sanubari setiap rakyat Pulau Pinang.

Kepada rakyat Pulau Pinang yang saya kasihi sekalian, peluang inilah wajar digunakan sebagai platform untuk kita bersama memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah sedia terjalin. Proses pendaftran program telah dimulakan sebelum ini dan setakat pagi ini, pendaftaran telah mececah 7,100 penyertaan iaitu melebihi kapasiti serta sasaran ditetapkan. Justeru, bagi membuka peluang kepada semua pihak mengambil bahagian dan bersama-sama kita dalam acara yang penuh bermakna tersebut, jumlah kapasiti kini ditingkatkan kepada 10,000 peserta.

Dengan ini, saya menyeru semua pihak khasnya rakyat Pulau Pinang yang saya kasihi supaya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ini bersama-sama keluarga tercinta, sahabat handai mahupun rakan sekerja sebagai satu aktiviti riadah sekaligus mampu menyemarakkan lagi semangat cintai negeri kita ini. Kita semua LovePENANG.

Dengan pelaksanaan program-program menarik seperti ini serta pengumuman yang bakal dibuat dari semasa ke semasa, ia diharap dapat memberi peluang kepada rakyat dan pemimpin di negeri ini khasnya untuk melibatkan diri secara menyeluruh dalam aktiviti yang sihat serta kekeluargaan sejajar dengan gagasan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Serentak itu, ia juga adalah sebagai pendekatan dalam melahirkan sebuah masyarakat Madani yang mana rakyat hidup secara mampan, sejahtera, berdaya cipta, hormat-menghormati, berkeyakinan diri, ihsan antara satu sama lain dan Rahmah sebagaimana diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Kesepuluh kita, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.

Mengambil peluang ini juga, sekalung penghargaan diucapkan kepada Exco Belia dan Sukan, Saudara Soon dan pasukannya dalam mengetuai inisiatif penganjuran ini. Turut tersenarai, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP); Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP); Penang Forward Sports Club; Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP); Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC); Perdananan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang serta barisan penaja yang terlibat dalam merealisasikan acara ini.

Secara keseluruhan, jarak laluan larian adalah sepanjang lima (5) kilometer iaitu bermula dari Vision Park, Kepala Batas melalui Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir – Lebuh Bertam Perdana – Persiaran Bertam Perdana 6 dan kembali ke Vision Park, Kepala Batas.

Layari laman sesawang, https://howei.com/event_details/lovepenangrun2023 dan Facebook, LovePENANG Run untuk pendaftaran dan juga maklumat-maklumat terkini. Malah, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik seperti motosikal, basikal dan beg galas turut menanti anda!

JOM, pakat mai ramai-ramai… Penang Sempoi!

Sekian, terima kasih.

Dengan ini, saya menjemput YB Soon untuk memperincikan syarat-syarat serta aktiviti-aktiviti menarik yang turut akan diadakan pada hari penganjuran, dipersilakan.

LOVEPENANG, Penang Forward Sports Club

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang