MPSP FUN WALK SECOND EDITION 2018
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MPSP FUN WALK SECOND EDITION 2018
17 NOVEMBER 2018 (SABTU)
MENARA MPSP, SEBERANG PERAI TENGAH
Yang Berhormat Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1
Yang Berhormat Tuan Prof. Dr Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri 2
Y.B. Dato’ Seri Haji Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa
Yang Berhormat Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat ADUN-ADUN Negeri Pulau Pinang
Yang Berbahagia Dato’ Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seberang Perai
Yang Dihormati Ahli Majlis- Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Yang Berusaha Puan Ir Hjh Rosnani bt Hj Mahmod
Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai
Yang Berusaha Puan Nur’Aishah bt Md Norodin
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kerajaan Tempatan
Ketua-Ketua Jabatan
Kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai
Rakan - rakan Media
Tuan - tuan dan puan - puan yang dihormati sekalian
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan MPSP Fun Walk 2.0 2018.
Di kesempatan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ YDP, Tuan Setiausaha Perbandaran kerana berjaya menganjurkan program MPSP Funwalk 2.0 2018 yang bertempat di Menara MPSP, Bandar Perda, Seberang Perai Tengah yang mana melibatkan laluan program sejauh 5.7 kilometer. Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan di atas usaha gigih MPSP bagi memastikan kelancaran majlis kita hari ini.
Syabas dan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berjaya menyertai Fun Walk 2.0 2018. MPSP menerima sebanyak 800 penyertaan dan setiap peserta dibekalkan dengan sehelai T-shirt, medal , wristband dan air mineral. Saya difahamkan MPSP turut menyediakan pelbagai hadiah yang menarik melalui cabutan bertuah yang terbuka kepada semua peserta yang mengambil bahagian
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Program ini merupakan salah satu program yang telah dimuatkan dalam Pelan Strategik Seberang Perai 2018-2022. Tujuan program ini adalah meningkatkan kesedaran dalam penjagaan kesihatan dan disamping itu menerapkan amalan ke arah gaya hidup yang sihat, yang sekali gus menghindarkan diri dari penyakit. Kesihatan adalah aset utama jika dibandingkan dengan wang ringgit. Banyak usaha yang telah diambil oleh MPSP untuk menggalakkan penduduk Seberang Perai menjalani gaya hidup sihat, antaranya senamrobik yang dijalankan pada setiap Ahad minggu ke-3 dan ke-4. Program ini dapat memberikan kesan yang positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat dengan slogan Sihat. Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga MPSP dan warga Seberang Perai.
Saya berharap MPSP sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang dianjurkan dapat memberi impak positif ke atas masyarakat dan berharap ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Seberang Perai. Saya berharap dengan adanya program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk Seberang Perai, dan berharap ianya digunakan sebaik mungkin.
Menara MPSP dipilih bertujuan mempromosikan Upcycle Park dan laluan berbasikal yang berhampiran Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda sebagai lokasi dan kawasan pusat riadah keluarga secara umum kepada warga Seberang Perai. MPSP telah menyediakan fasiliti serta kemudahan untuk kegunaan penduduk Seberang Perai dan ianya diharapkan dapat dimanfaatkan. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan, peralatan dan kemudahan yang disediakan agar ia kekal terpelihara seperti seadanya untuk kegunaan bersama.
Secara keseluruhan, program MPSP Fun Walk 2018 ini mampu menarik minat orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan secara tidak langsung dapat mempromosikan Upcycle Park dan Taman Komuniti yang terletaknya laluan “Cycle to Work” , sebagai lokasi umum untuk aktiviti beriadah dan bersenam.
Saya menyeru para hadirin, dapat meluangkan masa 2 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bersenam dan beriadah, menghirup udara yang sihat sambil menikmati kehijauan alam bersesuaian dengan slogan Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk merealisasikan Program Fun Walk 2.0 2018. Jadi sama-samalah kita menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih dan hijau.
Dengan harapan ini, saya melancarkan Program MPSP Fun Walk 2.0 2018.
Sekian, terima kasih.