MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC) DAN IHEAL HEALTH SDN BHD
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)
DAN IHEAL HEALTH SDN BHD
11 JANUARI 2021
YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd. Rahman
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang
YB Profesor Dr. P. Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang
Dato’ Abdul Razak bin Jaafar
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang
YB Kasthuriraani Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan
YB Goh Choon Aik
ADUN Bukit Tambun
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Bazid bin Abdul Kahar
Ketua Pegawai Eksekutif, PDC
Yang Berusaha Dr. David Khoo
Pengerusi Eksekutif & Pengarah Pengurusan Kumpulan, iHeal Health Sdn Bhd
Pihak Pengurusan PDC
Wakil-wakil iHeal Health Sdn Bhd
Para Jemputan
Para Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Syarikat iHeal Health Sdn Bhd pada petang yang berbahagia ini.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri sedang membangunkan satu lagi tanah milikan Kerajaan Negeri di Bandar Cassia, Batu Kawan berkeluasan lebih 6,000 ekar dengan pelbagai komponen pembangunan bagi membangunkan bandar ketiga bersepadu, seperti mana yang telah dilaksanakan di Bandar Bayan Baru dan Bandar Seberang Jaya sebelum ini.
Selain daripada projek pembangunan perumahan mampu milik dan pembangunan taman perindustrian, Kerajaan Negeri melalui PDC turut meneroka peluang baru sebagai nilai tambah kepada pembangunan Bandar Cassia, Batu Kawan.
Maka, pada hari ini Kerajaan Negeri melalui PDC dan Syarikat iHeal Health Sdn Bhd akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan hab perubatan di Bandar Cassia, bertujuan untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab ASEAN bagi teknologi perubatan dan digital yang merangkumi kemudahan-kemudahan perubatan yang bertaraf antarabangsa yang menawarkan penjagaan kesihatan yang berstandard tinggi.
Pembangunan hab teknologi perubatan dan digital atau Penang Medical and Digital Technology Hub yang berkeluasan 295 ekar ini terletak di atas Lot 282, Batu Kawan ini akan dijadikan sebagai Pusat Setempat atau One Stop Centre untuk Kesihatan, Pendidikan dan Teknologi, dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan awam yang mesra alam.
Antara komponen hab ini ialah pusat-pusat perubatan, syarikat-syarikat aplikasi perisian, industri-industri berteknologi tinggi, institusi pendidikan tinggi berserta komponen perumahan dan komersial.
Dengan termeterainya MoU ini, maka pihak Syarikat iHeal Health Sdn Bhd akan memuktamadkan cadangan hab teknologi perubatan dan digital ini dalam tempoh 1 tahun.
Kerajaan Negeri menaruh harapan yang tinggi untuk melihat segala perancangan antara kedua-dua PDC dan iHeal Health Sdn Bhd ini akan membuahkan hasil dan kejayaan yang bermanfaat untuk rakyat dan negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.