MAJLIS MENANDATANGANI SUPPLEMENTAL AGREEMENT TO THE SUB-AGREEMENT BAGI PELAKSANAAN PROJEK PAKEJ 2 - JALAN PINTASAN LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU KE AYER ITAM
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI SUPPLEMENTAL AGREEMENT TO THE SUB-AGREEMENT BAGI PELAKSANAAN PROJEK PAKEJ 2 - JALAN PINTASAN LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU KE AYER ITAM
15 JANUARI 2021
Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Amirul Karim Sultan Sallehuddin
Tunku Laksamana Kedah
Pengerusi Syarikat ECK Development Sdn. Bhd.
YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
YB Zairil Khir Johari
Pengerusi Jawatankuasa MMK Infrastruktur & Pengangkutan
YB Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang
YB Dato’ Norazmi bin Mohd. Narawi
Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang
Yang Berbahagia Dato’ Azhar bin Haji Arshad
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
Yang Berbahagia Dato’ Seri Farizan bin Darus
Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen
Ahli Lembaga Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd.
Yang Berbahagia Puan Sri Ginney Chew
Ahli Lembaga Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd.
Yang Berbahagia Dato’ Lee Chee Hoe
Ahli Lembaga Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd.
Yang Berusaha En Chiok Kian Chau
Ahli Lembaga Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd.
Ketua-Ketua Jabatan
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Saya mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Menandatangani Perjanjian Supplemental Agreement kepada Sub-Agreement Pakej 2 Jalan Pintasan Dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) pada hari yang berbahagia ini.
Majlis Menandatangani Perjanjian Supplemental Agreement Pakej 2 ini bertambah meriah lagi dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah yang juga selaku Pengerusi Syarikat ECK Development Sdn Bhd secara atas talian, dan beserta Ahli-ahli Lembaga Pengarah CZC – Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen, Yang Berbahagia Puan Sri Ginny Chew, Yang Berbahagia Dato’ Lee Chee Hoe, Encik Chiok Kian Chau dan Encik Lim Hooi Kooi.
Hadirin sekalian,
Seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri sejak menerajui Pulau Pinang pada tahun 2008 sentiasa komited dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan kesesakan lalu lintas di negeri ini.
Sehubungan itu, pada tahun 2011, Kerajaan Negeri melalui tender terbuka Request for Proposal (RFP) telah melantik Consortium Zenith BUCG (yang kini dikenali sebagai Consortium Zenith Construction Sdn Bhd), bagi pelaksanaan Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut (Link Ketiga) di Pulau Pinang.
Untuk makluman hadirin sekalian, projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bertujuan untuk menambahbaik kesesakan lalu lintas dengan penyuraian trafik di kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas yang serius dan seterusnya menjurus ke arah pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang efisien.
Sebagai makluman, Projek Jalan-jalan Utama dan Terowong Dasar Laut merangkumi tiga (3) komponen jalan-jalan utama tanpa tol dan satu komponen projek Terowong Dasar Laut link ketiga bertol seperti perincian berikut:
- Pakej 1 - Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang;
- Pakej 2 - Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam;
- Pakej 3 - Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Georgetown (Persiaran Gurney); dan
- Pakej 4 - Link Ketiga (Terowong Dasar Laut) di Pulau
Pinang
Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melaksanakan projek Pakej 2 terlebih dahulu. Projek Pakej 2, iaitu Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam dengan jarak sepanjang 6 km merupakan projek pertama yang dimulakan di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), di mana majlis pecah tanah (ground breaking ceremony) telah diadakan pada 2 November 2019. Master Agreement bagi Projek Jalan-jalan Utama dan Terowong Dasar Laut telah ditandatangani pada 2 Ogos 2019 dan diikuti dengan pemeteraian Sub-Agreement Pakej 2 pada 11 Oktober 2019.
Jajaran Pakej 2 ini akan menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Kawasan Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Jajaran ini merangkumi 4.2 km elevated section dan 1.8 km at-grade section.
Jajaran Pakej 2 ini juga merangkumi tiga (3) persimpangan (interchange) iaitu Interchange 1 (di Lebuhraya Thean Teik), Interchange 2 (Jln. Bukit Gambir – Jalan Sultan Azlan Shah) dan Interchange 3 (di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang melibatkan persimpangan Left In-Left Out dan U-Turn bertingkat).
Hadirin sekalian,
Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement) kepada Sub Agreement Projek Pakej 2 - Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu Ke Ayer Itam ini dilihat sebagai satu milestone achievement yang penting dalam usaha meneruskan pelaksanaan Projek Tiga Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut, bagi menguraikan trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya di samping bertindak sebagai satu kaedah penyelesaian jangka masa panjang.
Dengan pemeteraian Supplemental Agreement Pakej 2 ini, pihak CZC akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada 1 Februari 2021. Pelaksanaan pembinaan jalan pintasan (bypass) ini dijangka siap pada 3 Januari 2025 dan akan memanfaatkan penduduk Pulau Pinang dari segi pengurangan tempoh masa perjalanan.
Dengan itu hadirin sekalian,
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang sentiasa sedia berkhidmat serta menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk memuktamadkan Supplemental Agreement kepada Sub Agreement Projek Pakej 2 ini.
Besarlah harapan saya dan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar projek-projek yang dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Jalan-jalan Utama dan Terowong Dasar Laut ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat pada majlis hari ini, Pulau Pinang akan terus maju di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.